Aku lahir di negeri yang digelar serambi Mekah. Aku bersyukur. Syukur menjadi anak jati negeri yang baru2 ini dihina sebagai negeri yang miskin. Ok. Aku terima. Miskin negeri x bermakna miskin adab, miskin segalanya. Pembangunan di negeri aku mungkin nampak agak mundur, agak lembab. Tapi, aku tak kesah, malah bahagia. Sekurang-kurangnya, peratusan gejala sosial tidak berada pada paras yg membimbangkan.
Aku tergolong dalam manusia yang tidak reti bersosial. Tapi x bermakna aku ni kera sumbang. Huuu.. kat negeri aku tu rasenyer xde cinema. Boling,snuker..adala.. pernah sekali aku diajak kawan2ku pergi bermain boling. Time tu Form 5. Kami berenam. Pada asalnya, aku tak boh maen..tp,bila dipujuk tahap gaban dek kawan aku, aku maen la.. disebabkan tu 1st time aku maen.. aku la pemegang takhta nombor yg tercorot. Aku rase boling mnjadi salah satu wadah hiburan anak remaja di negeri aku tatkala weekend hadir. Hohoo.. sejak dari tu, aku sering diajak pergi melepas tension studi kat pusat boling.. tp, biasala.. aku ignore jer dorang. Boling is not my taste. Takat kuar jln2, window shoping tu, aku on jer.. tp,kalo dah masuk bab2 sosial boling memboling ni, aku surrender la. Lagipun, campur gender. Nasib baik sangat kat sini xde cinema. Kalo x ,naya kawan2 aku tu.. entah2 every week pegi tgk wayang.
Sekarang, bila dh masuk ‘U’ nie..ramai lak kawan2 aku yg dapat tawaran kat area KL ni..(sama cam aku) dorang aku tengok dah macam kena culture shock! Ish..ish.. Salu gak ajak kuar jumpa2 bile ada free.. aku ok jer. Utk merapatkan ukhwah kan..~ tapi, faham2 la kat sini.. xmacam kampung aku yg agak kuno tu.. kat sini, weekend je, anak remaja kita isi masa tgk wayang. Hurm.. biasala.. bila budak kampung masuk bandar.. abeh diterokanya. Aku pernah diajak tgk wayang. Tapi, aku ignore. Aku ckp kat dorang, kalo nk tgk..tgk ah..tapi aku x join. Aku tunggu je kat luar. Aku rela. Aku tak rasa aku ada keperluan untuk masuk cinema tu tgk citer2 yg ntah gape2.. duit melayang, masa terabai, maksiat boleh jer berlaku. Nauzubillah~
Ari tu, aku pinjam buku Muslimah Sejati yang ditulis oleh Muhammad Imran kat library. Terbitan sape, xpula aku catat. Huhuu.. bagus buku ni. Erm, ada satu topic tu, I like~ hee
Tajuknya: Menjauhkan diri dari panggung wayang.
Nie, ada la sikit aku salin untuk dikongsikan bersama.
Telah diakui bahawa kebanyakan kejahatan moral dan sosial timbul dari sumber-sumber yang berikut;
§ Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan.
§ Sistem pelajaran bersama ( percampuran lelaki dan perempuan dalam system pelajaran)
§ Pakaian yang tidak bersopan
§ Muzik, tarian dan televisyen
§ Arak dan dadah
§ Perhubungan seksual sebelum kahwin
§ Percintaan sebelum kahwin
Tidak dinafikan bahawa kejahatan dicambahkan dan disuburkan oleh panggung wayang yang berkisar di sekitar cinta bebas dan sebaliknya moral adalah alat yang penting di dalam pembangunan masyarakat yang sihat di mana ia memindahkan mereka dari peringkat kebinatangan kepada peringkat kemanusiaan. Walaubagaimanapun kaum wanita dan lelaki zaman moden cenderung keliru di antara hiburan dan keruntuhan moral. Asas yang unggul berkaitan panggung wayang adalah institusi fotografi yang haram di sisi islam. Oleh itu, adalah perlu ditekankan bahawa panggung wayang juga haram. Sesungguhnya segala kejahatan, jenayah dan keburukan yang lahir dari pengaruh panggung wayang ini tidak boleh dipandang ringan.
 |
| sanggup dorang ni beratur beli tiket:) |
Menurut pendapat pencinta tamadun barat panggung wayang adalah satu bentuk hiburan. Tetapi kelihatan bahawa di dalam istilah barat hiburan adalah sama dengan keruntuhan moral. Asas ketemadunan barat adalah menentangi segala nilai-nilai moral dan kerohanian. Merujuk kepada keadaan yang wujud di dunia sekarang seseorang itu akan faham dengan mudah mengapa wujud terlalu namyak peminum arak , penggila-penggila seksual haram dan berbagai lagi jenis kemungkaran lagi. Jenayah rogol, pembunuhan dan berbagai jenis lagi adalah berasal dari panggung wayang. Kenaikan kadar jenayah di barat adalah amat ketara. Tepat pada waktunya ahli fikir barat meletakkan kesalahan untuk untuk kenaikan kadar jenayah ini kepada apa yang diakibatkan oleh panggung wayang.
Setiap kemungkaran adalah dicernakan dari panggung wayang dan televisyen yang mengesani setiap orang. Panggung wayang mempunyai kuasa dan pengaruh di dalam merendah dan melemahkan pemikiran seluruh penduduk. Sepatutnya lelaki berjalan di atas jalan yang menunjukkan kepada pembangunan dan kemajuan, sebaliknya panggung wayang mendorong mereka kepada keruntuhan akhlak dan jenayah. Akibat buruk panggung wayang dapat dilihat setiap hari dan ia menggalakkan keruntuhan individu, keluarga dan bangsa.
Disebabkan kemungkaran yang berpunca dari panggung wayang, juga akibat dari keburukan yang disebabkan oleh filem-filem ganas dan lucah Islam telah mengharamkan jenis hiburan ini. Di dalam industri panggung wayang ini ia mengandungi agen-agen maksiat yang mempunyai peranan masing-masing seperti :
§ Fotografi yang diharamkan di dalam islam
§ Percampuran bebas di antara lelaki dan perempuan
§ Muzik
§ Pembaziran yang dilakukan di dalam menonton wayang
Setiap muslim yang mengakui pilihan Islam itu sebagai undang-undang Allah swt tidak mempunyai pilihan lain tetapi mengakui bahawa panggung wayang adalah kejahatan sosial, lantaran itu Islam tidak memberikan sebarang toleransi kepadanya sedangkan agama Islam menuntut kepada tingkat moral yang tinggi. Pemahaman yang mendalam tidaklah diperlukan untuk memikirkan kemungkaran yang dihasilkan oleh panggung wayang itu kerana keburukannya sudah jelas. Tetapi sayang terdapat juga di kalangan alim ulamak yang merestui jenis hiburan ini. Islam tidak membenarkan jenis amalan yang mempunyai pengaruh di dalam memusnahkan manusia dan menjadikan mereka sebagai hamba-hamba kepada keinginan mereka.
Seorang muslim itu diperintahkan supaya benar-benar menjadi pengikut Islam dan memiliki sifat-sifat orang beriman berikut :
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَاماً
Maksudnya : Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan yang tidak bermanfaat mereka akan melewati mereka ( lalu sahaja ) dengan menjaga kehormatan diri ( Al –Furqan 72 )
Di dalam ayat ini percakapan yang sia-sia , komedi lucu yang mengarut ,hiburan yang sia-sia dan semua dosa adalah ditentangi . ayat ini mengutuk segala perbuatan yang sia-sia, hiburan yang melalaikan; hiburan di mana panggung wayang memainkan perana yang besar. Untuk mereka yang memilih untuk menghabiskan masa lapang dengan hiburan dan pertunjukan Allah swt berfirman:
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
Maksudnya:Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka, dan sungguh negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa . Maka tidakkah kamu memahaminya? ( Al –An’am 32 )
Mangsa-mangsa kepada keinginan nafsu yang meluap tidak akan dapat memahami dan menghargai larangan-larangan Islam mengenai kemungkaran dan semua jenis dan bentuk hiburan. Kepada semua yang dipengaruhi oleh institusi wayang gambar mestilah ingat bahawa untuk menyembunyikan kecintaan mereka kepada panggung wayang mereka mestilah tidak melakukan kesalahan yang merbahaya di dalam cubaan untuk menghalalkan satu institusi yang terang terangan bertentangan dengan Islam. Melibatkan diri di dalam industri wayang gambar adalah jenayah yang kotor tetapi cubaan untuk menghalalkan adalah dosa yang lebih besar yang menghampiri sempadan kekufuran. Semoga Allah swt menyelamatkan diri kita dari jurang kejahatan,kerakusan dan keruntuhan akhlak ini dengan mana negara barat telah karam akibat wayang gambar dan televisyen . Amin !