Sunday, 16 September 2012

::Pabila lidah silap bicara::

Bismillahirahmanirahim..


"Dalam berhati-hati, ada hati yang disakiti,
Dalam berjaga-jaga ada hati yang terluka.."


Kadang2 kita tak sedar bahawa kita ada menyakiti hati seseorang dlm bicara. Kita tdk perasan ada hati yg terguris dgn tiap patah kata yg terucap. 
Mulut itu punca dosa.
Mulut itu punca pahala.
***
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Lidah itu umpama sebilah pedang. Tajam dan mampu meninggalkan luka di hati. Sakit mungkin tidak terperi. Begitulah tajamnya sepotong lidah dalam berbicara. Bisa menghiris dalam diam.

Peringatan buat diri sendiri dan kamu:
Jagalah lisan. Jangan sampai ada yg terluka.

“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya.”
(Surah al-Qaaf 18)

 “Apabila orang yang beriman itu hendak bercakap, hendaklah diperhatikan. Jika ada yang bermanfaat baginya, maka dia bercakap. Jika tidak, dia akan menahan lidahnya daripada bercakap. Orang yang zalim lidahnya terus-menerus melepaskan kata-kata”. 
( Ibrahim at-Taimi )

Allah SWT berfirman dlm Surah An-Nur ayat ke-24 yg bermaksud: 
“Pada hari ketika lidah, tangan dan kaki menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dulu mereka kerjakan”.

: semoga kita sentiasa berwaspada dalam menutur kata :






Friday, 17 August 2012

Pada penghujung Ramadhan ini..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Agak lama tidak menulis. Last entry, sebelum Ramadhan. Malam ni kita sudah melewati Ramadhan yg ke-29. Begitu cepat masa berlalu. InsyaAllah.. andai dipanjangkan usia, kita bakal bertemu 1 Syawal kurang dari 24 jam shj lagi.
Ramadhan bakal pergi.
Hati dipagut rasa sayu. 
Masih terasa bahang keindahan Ramadhan. Andai dapat diputarkan waktu, teringin sekali tangan ini mengikat Ramadhan di pintu hati. Enggan melepaskan ia pergi meninggalkan kita.
Jiwa terasa masih belum cukup amal dan ibadah yg didamba pd Ramadhan kali ini.
Benar. 
Andai aku punya kuasa, tidak sanggup aku melepaskan tetamu istimewa ini.
Aku bimbang. Takut. 
Andai  ini Ramadhan terakhirku.
[ moga Tuhan menambah usiaku ]
Aku masih ingin merasai kehangatan nikmat Ramadhan pada masa akan datang.

  • Tahun pertama Ramadhan tanpa insan bergelar IBU .



Tadi tarawih yg TERAKHIR,
Pagi esok sahur yg TERAKHIR,
Seharian esok puasa yg TERAKHIR,
Maghrib esok berbuka yg TERAKHIR...
Harap², ini bukan Ramadhan yg TERAKHIR >_<

[copypaste kat fB ]







---------------------------------------------------------------

Dari Jabir bin Abdillah ra dari Muhammad al Mustafa SAW: Beliau bersabda, “Siapa yang membaca doa ini di malam terakhir Ramadhan, dia akan mendapatkan salah satu dari dua kebaikan: Menjumpai Ramadhan mendatang atau pengampunan dan rahmat Allah.” 

“Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang sia – sia semata-mata”


Ameen.

Thursday, 12 July 2012

Ahlan wa sahlan ya RAMADHAN..


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Ramadhan al-Mubarak bakal tiba tak lama lagi. Debaran dihati kian terasa. Kedatangan Ramadhan sangat dinanti-nantikan oleh jiwa-jiwa yang sentiasa bertasbih memuji Illahi. Semoga kita berada dalam rahmat Allah dan dipanjangkan usia untuk bersua dengan Ramadhan kali ini.

Ramadhan menurut istilah Arab bermaksud terlalu panas. Mengikut sejarah, sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab telah menamakannya mengikut suasana atau keadaan yang berlaku pada waktu tersebut. Kebetulan pada waktu itu keadaan sangat panas, maka mereka menamakan bulan tersebut Ramadhan. Makna ‘terlalu panas’ itu juga dikaitkan dengan maksud bahawa Ramadhan dapat membakar segala dosa orang mukmin melalui pelbagai ibadat yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan seperti  berpuasa dan solat Tarawih.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. (QS. Al-Baqarah: 183)

Kehadiran Ramadhan membawa rahmat dan maghfirah daripada Allah SWT. Pada bulan mulia ini pintu-pintu neraka ditutup dan dibuka kesemua pintu syurga. Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda : “ Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.” (Riwayat Bukhari & Muslim) . Semoga kedatangan Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menggilap kembali hati yang kian pudar serta dapat melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang menghuni jiwa kita selama sebelas bulan. Dalam sebelas bulan yang berlalu, syaitan bekerja keras untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Oleh itu, gunakanlah masasebulan ini untuk ‘charge’ kembali iman-iman kita. Teguhkan amalan-amalan wajib serta tingkatkan amalan-amalan sunat. Insya-Allah, Ramadhan yang dilalui akan bercahaya dengan keberkatan dari-Nya.

Terdapat pelbagai amalan sunat yang boleh dilakukan pada bulan suci ini antaranya mengerjakan solat sunat, bersedekah, qiamullail, membaca al-Quran, beristighfar dan sebagainya.  Pahala mengerjakan amalan-amalan ini juga tidak terkira banyaknya. Sesungguhnya kedatangan Ramadhan memberi seribu satu rahmat kepada umat manusia. Sesiapa yang beramal semata-mata kerana Allah dan mengharapkan keampunan dari-Nya akan mendapatnya. Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya umat Islam berada dalam kerugian jika mensia-siakan kedatangan Ramadhan al-Mubarak ini. Ramadhan hanya datang untuk seketika. Jadi, hargailah ‘tetamu’ ini dengan amal kebajikan. Rasulullah SAW bersabda “Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).

let's charge our iman ♥





Sunday, 8 July 2012

♥ sahabat ♥

Bismillahirahmanirrahim..
Erm, sekali lagi aku ingin bercerita tentang SAHABAT.. ya, sahabat. Aku percaya setiap orang punya sahabat. Sahabat dikala senang dan duka. Oh ya..baru-baru ni aku ada dengar satu lagu tu.. Lagu Sahabat by Najwa Latif. Aku tak kenal sgt ngan budak ni..tp lagu ni best. I mean, lirik. Bagi aku lirik lagu tu sangat bermakna.

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
*************************
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Sahabatku…

**** kat ats tu sbb aku ada potong lirik ni..pnjg sgt~

Sangat kena dgn aku. Hoho. Even aku xminat dgn penyanyinya, itu tidak bermakna aku menidakkan karya Beliau. Hee. J
Oh yaa.. ptg tadi aku ada duk blogwalking. Singgah cari idea nk wat entry baru. Punya la banyak entry sal kawan, sahabat, teman ni.. so, aku pon nak wat jugak entry baru pasal sahabat. Aku sayang sahabat aku. ©
Orait. Hasil blogwalking td, jumpe kategori teman ni. Erm, bleh tahan dan bleh utk dijadikn panduan dalam mencari sahabat.


1. Si Pendengar
Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili anda salah atau tidak. Mereka tidak akan menyampuk luahan hati anda dan tidak akan memberi nasihat sehingga anda pinta. Anda patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda meluahkan perasaan tambahan lagi jika kawan jenis ini juga sangat bagus menyimpan rahsia.

2. Si jujur
Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang anda dengar. Mereka sangat jujur sehingga ditafsirkan sebagai biadap. Kawan jenis ini yang akan memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang atau sekiranya kasut yang anda pakai tidak sesuai dengan baju anda. Namun, selepas die mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk anda kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk anda.

3. Si Penggemar Fesyen
Bercerita pasal kasut atau baju yang mahal, tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon Guess. Maka, anda patut memiliki kawan yang tergolong dalan jenis ini kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada anda. Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya anda ingin berbelanja besar untuk satu-satu barangan mahal. Mereka mempunyai citarasa yang tinggi dan rasa fesyen yang sempurna. Namun perkara yang paling menarik, anda mempunyai akses penuh kepada almari beliau. Hebat bukan?

4. Si cergas
Ingin tahu DVD senaman yang mana patut dibeli atau yoga studio yang baru dibuka berdekatan dengan rumah anda patut dicuba atau tidak? Tanya saja si cergas. Mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak lokek berkongsi rahsia masakan rendah kalori yang lazat dan enak. Ingin berjoging tapi tiada yang teman? Ajak saja mereka ini, mereka sangat berbesar hati menemankan anda bersenam di taman.

5. Si Diva
Kita semua perlukan drama dalam hidup, maka tidak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka ini bukan ‘drama queen’ tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain. Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri sendiri, comel dan tiada musuh. Yang pastinya hanya suka berlagak diva dan tahu semua perkara.

6. Si Lasak
Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta anda yang pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki yang boleh menolong anda. Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangan malah mereka sangat boleh diharap.

7. Si pengambil berat
Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak-kanak dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah anda boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan bersama ibu anda.


So, ‘sahabat’ anda sekarang berada dalam kategori mana? Hee..

Ni ada satu lagi tips. Tips ni mungkin anda boleh gunakan untuk mengenali sahabat anda. Mungkin juga sesuai untuk anda rujuk bagi mencari sahabat yg benar2 sahabat. Cam sama jer ayt kn?
Kalau nak tahu perangai seseorang, lihatlah bagaimana perangai sahabat atau kawan-kawannya. Kalau baik sahabatnya, insyaAllah dia memang baik. Tapi kalau kawannya itu perangai macam syaitan, maka perangai dia pun besar kemungkinan macam syaitan juga.

Ni dia pesanan al-Qamah (sahabat Rasulullah SAW) kpd anaknya:

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebut-nyebutnya).

Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

P/s: Mencari sahabat yang baik itu adalah dituntut oleh agama kita. Maka cari dan pilihlah sahabat yang baik-baik akhlaknya.



Sumber tips: penpatah.blogspot.com







Friday, 6 July 2012

Andainya Rasulullah SAW masih ada..

Andainya Rasulullah SAW masih ada..
Ingin sekali aku mencium aroma wanginya.




Anas ibn Malik r.a meriwayatkan:
“Rasulullah SAW memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya Rasulullah SAW mengharumkan diri.”
(Riwayat at-Tarmizi,Abu Dawud dan Ibnu Sa’d)

Tsumamah ibn Abdillah meriwayatkan :
“ Anas ibn Malik tidak pernah menolak pemberian minyak wangi . Dia berkata, ‘ Sungguh, Rasulullah SAW tidak pernah menolak pemberian minyak wangi.’
                           (Riwayat at Tarmizi,al Bukhari,Nasa’I dan Ahmad)



Ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa :

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “ Ada tiga (pemberian) yang tidak boleh ditolak iaitu bantal , minyak wangi dan susu.                                                                                                                          (Riwayat at Tarmizi, Abu Syeikh dan Bagbawi)- hadis Hasan. 






                 Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“ Wangian bagi lelaki adalah 
wangian yang keras – aromanya keras dan warnanya tidak nampak sedangkan wangian bagi perempuan adalah wangian yang warnanya nampak dan aromanya tidak menyengat. "                                                                                                                                       ( Riwayat at Tarmizi, Abu dawud. Nasa’I dan Ahmad)

Wednesday, 20 June 2012

Salam Syaaban ツ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah.. kita semua masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di bumi Illahi ini.. Sebulan Rejab telah dilalui dgn pelbagai nikmat dan rahmat.. J
Hari ini, tanggal 1 Syaaban. Insya-Allah, jika diizinkan Allah SWT kita bakal bertemu Ramadhan pd bulan depan.. <xsabar>
Ok, ni ada sikit perkongsian tentang fadhilat bulan Syaaban .. ( sumber JAKIM )
Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Dari pelbagai keterangan ini, dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan .

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.


Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”(al-Bukhari)

Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).


Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.



Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah : 
    
 
©Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." 
    
© Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin) 
    
© Bertaubat 
      
© Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat. 

Selamat Beramal 
ッ 





Thursday, 7 June 2012

Selamat Hari Lahir, sahabat :)

Salam sayang buatmu sahabat
Ku kalung indah sebuah kerinduan
Ku titip secangkir kasih bersama untaian doa
Moga dirimu senantiasa dalam limpah kurnia Illahi

Salam kasih duhai sahabat
Selamat Hari Lahir aku ucapkan
Walau jarak memisah
Walau masa menahan
Aku bingkiskan dikau sepotong doa

“  Ya Allah,
Engkau panjangkanlah usia sahabatku ini
agar dia dapat mentaatiMu lebih lama lagi
jadikanlah kehidupannya sebuah ladang
agar di akhirat nanti dia bisa mengutip hasilnya
Ya Allah,
Tambahkanlah amalan sahabatku ini
seiring pertambahan usianya
sinarilah jalan-jalan yang dilaluinya
rehatkan dia dalam rantaian zikirMu
dakapi dia sepanjang perjalanan hidupnya..”

Sungguh,
Sayang aku kepadamu kerana Allah SWT
Semoga sahabat,
Kau sentiasa kekal bersamaku
Berjalan seiring menuju Jannah yang abadi..
sanah helwah:)



2337
07062012
23 minutes to go
ukm
:: kususuri perjalanan bertemankan senyumanmu:: 

Tuesday, 17 April 2012

Ayah~

ayah,
seorang lelaki tua
sudah melepasi separuh abad umurnya
terukir indah kerut di dahi
uban memutih di kepala
di bahunya pula
tergalas 
seribu satu perkara
cerita duka  yang terpendam
dibiarkan  berlalu

ayah,
egomu tersurat
kasihmu tersirat
belaianmu memikat
nasihatmu sarat

ayah,
aku sanjung pengorbananmu
aku hormati pendirianmu
aku layan egomu
kerna ku tahu
engkau 
ayahku..

***sekadar bingkisan rindu buat seorang lelaki ego bergelar ayah. ^__^
Seriously, i miss u weay ~

*sekadar gambar hiasan~



Saturday, 10 March 2012

Mengejar kesempurnaan~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


            Beberapa hari  yg lalu, seorang teman update status kat fB.. 

 "Manusia memang hakikat dan sejak azalinya tidak sempurna. Jadi jangan bersikap terlalu sempurna sehingga manusia lain bertindak untuk menjauh.."

Semua orang nk jadi sempurna.. tapi, kita kena ingat..takde yg sesempurna  Allah SWT kat atas bumi yang fana ni.. Dia yg menciptakan kita..masakan kita nk sempurna spt Dia.. tak gitu? Apa sebenarnya perspektif sempurna bagi diri anda..? hurm..~ fikirkan sejenak. ◕ ‿ ◕
Sempurna: Dalam erti kata mudah membawa maksud cukup, lengkap, tiada cacat celanya.
Ramai manusia di luar sana yang menghidapi suatu penyakit yang aku kira berkait rapat dengan emosi – psiko! Haha~.. xde la.. -àperfectionist. Ramai yg tergolong dlm kalangan perfectionist. Semua nk perfect. Boifren kaya, awek cun, keje mantap, kete mahal, rumah banglo ats bukit., n bla bla dan bla lagi. Hurm..~ x elok camni à jgn doq amal! Xdenya kite nk dpt sume yg perfek camtu.. so, agak2 ar kn..
Ok. Kata la awk ( yg sdg baca entry ni) dilahirkan dgn comel dan sihatnya suatu masa dahulu.. Skang, bila da meningkat remaja dan dewasa ni.. still cantik, tp ada sket cela coz ada parut kecik tepi idung (kna cakar dek kucing::heee) terus jer  kecoh satu kampung nk g wat plastic surgery .. jgn.. jgn terlalu mengejar kesempurnaan..tp, bersyukurlah~  bersyukurlah kerna Allah sudah menciptakan kamu dgn sebaik2 ciptaan..
Kita xleh nk capai kesempurnaan yg hakiki.. sbb.. kita hanyalah hamba yg hina lagi dina.. kita perlu faham tentang sifat kesempurnaan yg hakiki itu hnya bisa dimiliki oleh Allah SWT yg mencipta kejadian langit dan bumi ini.. kita mungkin tidak akan mencapai status SEMPURNA tetapi boleh berusaha kearah mencapai kesempurnaan. (sebaik2nya, kesempurnaan dlm beribadah dan melaksanakan segala suruhanNya)

Monday, 5 March 2012

Wayang..?

Aku lahir di negeri yang digelar serambi Mekah. Aku bersyukur. Syukur menjadi anak jati negeri yang baru2 ini dihina sebagai negeri yang miskin. Ok. Aku terima. Miskin negeri x bermakna miskin adab, miskin segalanya. Pembangunan di negeri aku mungkin nampak agak mundur, agak lembab. Tapi, aku tak kesah, malah bahagia. Sekurang-kurangnya, peratusan gejala sosial tidak berada pada paras yg membimbangkan.

Aku tergolong dalam manusia yang tidak reti bersosial. Tapi x bermakna aku ni kera sumbang. Huuu.. kat negeri aku tu rasenyer xde cinema. Boling,snuker..adala.. pernah sekali aku diajak kawan2ku pergi bermain boling. Time tu Form 5. Kami berenam. Pada asalnya, aku tak boh maen..tp,bila dipujuk tahap gaban dek kawan aku, aku maen la.. disebabkan tu 1st time aku maen.. aku la pemegang takhta nombor yg tercorot. Aku rase boling mnjadi salah satu wadah hiburan anak remaja di negeri aku tatkala weekend hadir. Hohoo.. sejak dari tu, aku sering diajak pergi melepas tension studi kat pusat boling.. tp, biasala.. aku ignore jer dorang. Boling is not my taste. Takat kuar jln2, window shoping tu, aku on jer.. tp,kalo dah masuk bab2 sosial boling memboling ni, aku surrender la. Lagipun, campur gender. Nasib baik sangat kat sini xde cinema. Kalo x ,naya kawan2 aku tu.. entah2 every week pegi tgk wayang.

Sekarang, bila dh masuk ‘U’ nie..ramai lak kawan2 aku yg dapat tawaran kat area KL ni..(sama cam aku) dorang aku tengok dah macam kena culture shock! Ish..ish.. Salu gak ajak kuar jumpa2 bile ada free.. aku ok jer. Utk merapatkan ukhwah kan..~ tapi, faham2 la kat sini.. xmacam kampung aku yg agak kuno tu.. kat sini, weekend je, anak remaja kita isi masa tgk wayang. Hurm.. biasala.. bila budak kampung masuk bandar.. abeh diterokanya. Aku pernah diajak tgk wayang. Tapi, aku ignore. Aku ckp kat dorang, kalo nk tgk..tgk ah..tapi aku x join. Aku tunggu je kat luar. Aku rela. Aku tak rasa aku ada keperluan untuk masuk cinema tu tgk citer2 yg ntah gape2.. duit melayang, masa terabai, maksiat boleh jer berlaku. Nauzubillah~
Ari tu, aku pinjam buku Muslimah Sejati yang ditulis oleh Muhammad Imran kat library. Terbitan sape, xpula aku catat. Huhuu.. bagus buku ni. Erm, ada satu topic tu, I like~ hee

Tajuknya: Menjauhkan diri dari panggung wayang.

Nie, ada la sikit aku salin untuk dikongsikan bersama.

Telah diakui bahawa kebanyakan kejahatan moral dan sosial timbul dari sumber-sumber yang berikut;
§  Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan.
§  Sistem pelajaran bersama ( percampuran lelaki dan perempuan dalam system pelajaran)
§  Pakaian yang tidak bersopan
§  Muzik, tarian dan televisyen
§  Arak dan dadah
§  Perhubungan seksual sebelum kahwin
§  Percintaan sebelum kahwin

Tidak dinafikan bahawa kejahatan dicambahkan dan disuburkan oleh panggung wayang yang berkisar di sekitar cinta bebas dan sebaliknya moral adalah alat yang penting di dalam pembangunan masyarakat yang sihat di mana ia memindahkan mereka dari peringkat kebinatangan kepada peringkat kemanusiaan.  Walaubagaimanapun kaum wanita dan lelaki zaman moden cenderung keliru di antara hiburan dan keruntuhan moral. Asas yang unggul berkaitan panggung wayang adalah institusi fotografi yang haram di sisi islam. Oleh itu, adalah perlu ditekankan bahawa panggung wayang juga haram. Sesungguhnya segala kejahatan, jenayah dan keburukan yang lahir dari pengaruh panggung wayang ini tidak boleh dipandang ringan.

sanggup dorang ni beratur beli tiket:)
Menurut pendapat pencinta tamadun barat panggung wayang adalah satu bentuk hiburan. Tetapi kelihatan bahawa di dalam istilah barat hiburan adalah sama dengan keruntuhan moral. Asas ketemadunan barat adalah menentangi segala nilai-nilai moral dan kerohanian. Merujuk kepada keadaan yang wujud di dunia sekarang seseorang itu akan faham dengan mudah mengapa wujud terlalu namyak peminum arak , penggila-penggila seksual haram dan berbagai lagi jenis kemungkaran lagi. Jenayah rogol, pembunuhan dan berbagai jenis lagi adalah berasal dari panggung wayang. Kenaikan kadar jenayah di barat adalah amat ketara. Tepat pada waktunya ahli fikir barat meletakkan kesalahan untuk untuk kenaikan kadar jenayah ini kepada apa yang diakibatkan oleh panggung wayang. 

Setiap kemungkaran adalah dicernakan dari panggung wayang dan televisyen yang mengesani setiap orang. Panggung wayang mempunyai kuasa dan pengaruh di dalam merendah dan melemahkan pemikiran seluruh penduduk. Sepatutnya lelaki berjalan di atas jalan yang menunjukkan kepada pembangunan dan kemajuan, sebaliknya panggung wayang mendorong mereka kepada keruntuhan akhlak dan jenayah. Akibat buruk panggung wayang dapat dilihat setiap hari dan ia menggalakkan keruntuhan individu, keluarga dan bangsa.

Disebabkan kemungkaran yang berpunca dari panggung wayang, juga akibat dari keburukan yang disebabkan oleh filem-filem ganas dan lucah Islam telah mengharamkan jenis hiburan ini. Di dalam industri panggung wayang ini ia mengandungi agen-agen maksiat yang mempunyai peranan masing-masing seperti :

§  Fotografi yang diharamkan di dalam islam
§  Percampuran bebas di antara lelaki dan perempuan
§  Muzik
§  Pembaziran  yang dilakukan di dalam menonton wayang

Setiap muslim yang mengakui pilihan Islam itu sebagai undang-undang Allah swt tidak mempunyai pilihan lain tetapi mengakui bahawa panggung wayang adalah kejahatan sosial, lantaran itu Islam tidak memberikan sebarang toleransi kepadanya sedangkan agama Islam menuntut kepada  tingkat moral yang tinggi. Pemahaman yang mendalam tidaklah diperlukan untuk memikirkan kemungkaran yang dihasilkan oleh panggung wayang itu kerana keburukannya sudah jelas. Tetapi sayang terdapat juga di kalangan alim ulamak yang merestui jenis hiburan ini. Islam tidak membenarkan jenis amalan yang mempunyai pengaruh di dalam memusnahkan manusia  dan menjadikan  mereka sebagai hamba-hamba kepada keinginan mereka.

Seorang muslim itu diperintahkan supaya benar-benar  menjadi pengikut Islam dan memiliki sifat-sifat orang beriman berikut :

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَاماً

Maksudnya : Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan yang tidak bermanfaat mereka akan melewati mereka ( lalu sahaja ) dengan menjaga kehormatan diri ( Al –Furqan 72 )

Di dalam ayat ini percakapan yang sia-sia , komedi lucu yang mengarut ,hiburan yang sia-sia dan semua dosa adalah ditentangi . ayat ini mengutuk segala perbuatan yang sia-sia, hiburan yang melalaikan; hiburan di mana panggung wayang memainkan perana yang besar. Untuk mereka yang memilih untuk menghabiskan masa lapang dengan hiburan dan pertunjukan Allah swt berfirman:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ

Maksudnya:Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka, dan sungguh negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa . Maka tidakkah kamu memahaminya? ( Al –An’am 32 )

Mangsa-mangsa kepada keinginan nafsu yang meluap tidak akan dapat memahami dan menghargai larangan-larangan Islam mengenai kemungkaran dan semua jenis dan bentuk hiburan. Kepada semua yang dipengaruhi oleh institusi wayang gambar mestilah ingat bahawa untuk menyembunyikan kecintaan mereka kepada panggung wayang mereka mestilah tidak melakukan kesalahan yang merbahaya di dalam cubaan untuk menghalalkan satu institusi yang terang terangan bertentangan dengan Islam. Melibatkan diri di dalam industri wayang gambar adalah jenayah yang kotor tetapi cubaan untuk menghalalkan adalah dosa yang lebih besar yang menghampiri sempadan kekufuran. Semoga Allah swt menyelamatkan diri kita dari jurang kejahatan,kerakusan dan keruntuhan akhlak ini dengan mana negara barat telah karam akibat wayang gambar dan televisyen . Amin !