Thursday, 12 July 2012

Ahlan wa sahlan ya RAMADHAN..


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Ramadhan al-Mubarak bakal tiba tak lama lagi. Debaran dihati kian terasa. Kedatangan Ramadhan sangat dinanti-nantikan oleh jiwa-jiwa yang sentiasa bertasbih memuji Illahi. Semoga kita berada dalam rahmat Allah dan dipanjangkan usia untuk bersua dengan Ramadhan kali ini.

Ramadhan menurut istilah Arab bermaksud terlalu panas. Mengikut sejarah, sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab telah menamakannya mengikut suasana atau keadaan yang berlaku pada waktu tersebut. Kebetulan pada waktu itu keadaan sangat panas, maka mereka menamakan bulan tersebut Ramadhan. Makna ‘terlalu panas’ itu juga dikaitkan dengan maksud bahawa Ramadhan dapat membakar segala dosa orang mukmin melalui pelbagai ibadat yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan seperti  berpuasa dan solat Tarawih.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. (QS. Al-Baqarah: 183)

Kehadiran Ramadhan membawa rahmat dan maghfirah daripada Allah SWT. Pada bulan mulia ini pintu-pintu neraka ditutup dan dibuka kesemua pintu syurga. Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda : “ Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.” (Riwayat Bukhari & Muslim) . Semoga kedatangan Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menggilap kembali hati yang kian pudar serta dapat melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang menghuni jiwa kita selama sebelas bulan. Dalam sebelas bulan yang berlalu, syaitan bekerja keras untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Oleh itu, gunakanlah masasebulan ini untuk ‘charge’ kembali iman-iman kita. Teguhkan amalan-amalan wajib serta tingkatkan amalan-amalan sunat. Insya-Allah, Ramadhan yang dilalui akan bercahaya dengan keberkatan dari-Nya.

Terdapat pelbagai amalan sunat yang boleh dilakukan pada bulan suci ini antaranya mengerjakan solat sunat, bersedekah, qiamullail, membaca al-Quran, beristighfar dan sebagainya.  Pahala mengerjakan amalan-amalan ini juga tidak terkira banyaknya. Sesungguhnya kedatangan Ramadhan memberi seribu satu rahmat kepada umat manusia. Sesiapa yang beramal semata-mata kerana Allah dan mengharapkan keampunan dari-Nya akan mendapatnya. Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya umat Islam berada dalam kerugian jika mensia-siakan kedatangan Ramadhan al-Mubarak ini. Ramadhan hanya datang untuk seketika. Jadi, hargailah ‘tetamu’ ini dengan amal kebajikan. Rasulullah SAW bersabda “Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).

let's charge our iman ♥





Sunday, 8 July 2012

♥ sahabat ♥

Bismillahirahmanirrahim..
Erm, sekali lagi aku ingin bercerita tentang SAHABAT.. ya, sahabat. Aku percaya setiap orang punya sahabat. Sahabat dikala senang dan duka. Oh ya..baru-baru ni aku ada dengar satu lagu tu.. Lagu Sahabat by Najwa Latif. Aku tak kenal sgt ngan budak ni..tp lagu ni best. I mean, lirik. Bagi aku lirik lagu tu sangat bermakna.

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
*************************
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Sahabatku…

**** kat ats tu sbb aku ada potong lirik ni..pnjg sgt~

Sangat kena dgn aku. Hoho. Even aku xminat dgn penyanyinya, itu tidak bermakna aku menidakkan karya Beliau. Hee. J
Oh yaa.. ptg tadi aku ada duk blogwalking. Singgah cari idea nk wat entry baru. Punya la banyak entry sal kawan, sahabat, teman ni.. so, aku pon nak wat jugak entry baru pasal sahabat. Aku sayang sahabat aku. ©
Orait. Hasil blogwalking td, jumpe kategori teman ni. Erm, bleh tahan dan bleh utk dijadikn panduan dalam mencari sahabat.


1. Si Pendengar
Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili anda salah atau tidak. Mereka tidak akan menyampuk luahan hati anda dan tidak akan memberi nasihat sehingga anda pinta. Anda patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda meluahkan perasaan tambahan lagi jika kawan jenis ini juga sangat bagus menyimpan rahsia.

2. Si jujur
Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang anda dengar. Mereka sangat jujur sehingga ditafsirkan sebagai biadap. Kawan jenis ini yang akan memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang atau sekiranya kasut yang anda pakai tidak sesuai dengan baju anda. Namun, selepas die mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk anda kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk anda.

3. Si Penggemar Fesyen
Bercerita pasal kasut atau baju yang mahal, tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon Guess. Maka, anda patut memiliki kawan yang tergolong dalan jenis ini kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada anda. Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya anda ingin berbelanja besar untuk satu-satu barangan mahal. Mereka mempunyai citarasa yang tinggi dan rasa fesyen yang sempurna. Namun perkara yang paling menarik, anda mempunyai akses penuh kepada almari beliau. Hebat bukan?

4. Si cergas
Ingin tahu DVD senaman yang mana patut dibeli atau yoga studio yang baru dibuka berdekatan dengan rumah anda patut dicuba atau tidak? Tanya saja si cergas. Mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak lokek berkongsi rahsia masakan rendah kalori yang lazat dan enak. Ingin berjoging tapi tiada yang teman? Ajak saja mereka ini, mereka sangat berbesar hati menemankan anda bersenam di taman.

5. Si Diva
Kita semua perlukan drama dalam hidup, maka tidak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka ini bukan ‘drama queen’ tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain. Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri sendiri, comel dan tiada musuh. Yang pastinya hanya suka berlagak diva dan tahu semua perkara.

6. Si Lasak
Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta anda yang pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki yang boleh menolong anda. Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangan malah mereka sangat boleh diharap.

7. Si pengambil berat
Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak-kanak dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah anda boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan bersama ibu anda.


So, ‘sahabat’ anda sekarang berada dalam kategori mana? Hee..

Ni ada satu lagi tips. Tips ni mungkin anda boleh gunakan untuk mengenali sahabat anda. Mungkin juga sesuai untuk anda rujuk bagi mencari sahabat yg benar2 sahabat. Cam sama jer ayt kn?
Kalau nak tahu perangai seseorang, lihatlah bagaimana perangai sahabat atau kawan-kawannya. Kalau baik sahabatnya, insyaAllah dia memang baik. Tapi kalau kawannya itu perangai macam syaitan, maka perangai dia pun besar kemungkinan macam syaitan juga.

Ni dia pesanan al-Qamah (sahabat Rasulullah SAW) kpd anaknya:

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebut-nyebutnya).

Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

P/s: Mencari sahabat yang baik itu adalah dituntut oleh agama kita. Maka cari dan pilihlah sahabat yang baik-baik akhlaknya.



Sumber tips: penpatah.blogspot.com







Friday, 6 July 2012

Andainya Rasulullah SAW masih ada..

Andainya Rasulullah SAW masih ada..
Ingin sekali aku mencium aroma wanginya.




Anas ibn Malik r.a meriwayatkan:
“Rasulullah SAW memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya Rasulullah SAW mengharumkan diri.”
(Riwayat at-Tarmizi,Abu Dawud dan Ibnu Sa’d)

Tsumamah ibn Abdillah meriwayatkan :
“ Anas ibn Malik tidak pernah menolak pemberian minyak wangi . Dia berkata, ‘ Sungguh, Rasulullah SAW tidak pernah menolak pemberian minyak wangi.’
                           (Riwayat at Tarmizi,al Bukhari,Nasa’I dan Ahmad)



Ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa :

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “ Ada tiga (pemberian) yang tidak boleh ditolak iaitu bantal , minyak wangi dan susu.                                                                                                                          (Riwayat at Tarmizi, Abu Syeikh dan Bagbawi)- hadis Hasan. 






                 Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“ Wangian bagi lelaki adalah 
wangian yang keras – aromanya keras dan warnanya tidak nampak sedangkan wangian bagi perempuan adalah wangian yang warnanya nampak dan aromanya tidak menyengat. "                                                                                                                                       ( Riwayat at Tarmizi, Abu dawud. Nasa’I dan Ahmad)