Andainya Rasulullah SAW masih ada..
Ingin sekali aku mencium aroma wanginya.
Anas ibn Malik r.a meriwayatkan:
“Rasulullah SAW memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya Rasulullah SAW mengharumkan diri.”
(Riwayat at-Tarmizi,Abu Dawud dan Ibnu Sa’d)
Tsumamah ibn Abdillah meriwayatkan :
“ Anas ibn Malik tidak pernah menolak pemberian minyak wangi . Dia berkata, ‘ Sungguh, Rasulullah SAW tidak pernah menolak pemberian minyak wangi.’
(Riwayat at Tarmizi,al Bukhari,Nasa’I dan Ahmad)
Ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa :
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “ Ada tiga (pemberian) yang tidak boleh ditolak iaitu bantal , minyak wangi dan susu. (Riwayat at Tarmizi, Abu Syeikh dan Bagbawi)- hadis Hasan.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“ Wangian bagi lelaki adalah
wangian yang keras – aromanya keras dan warnanya tidak nampak sedangkan wangian bagi perempuan adalah wangian yang warnanya nampak dan aromanya tidak menyengat. " ( Riwayat at Tarmizi, Abu dawud. Nasa’I dan Ahmad)
No comments:
Post a Comment