Terasa seperti sudah lama aku tidak menangis. (╥﹏╥). Kolam mataku seolah tidak bersungai. Kuatkah aku? Hurm.. hanya Tuhan yang tahu gelora di jiwaku. Bila hari last aku nanges erk..? Abaikan~
Smlm..aku tengok citer Hafalan Shalat DElisa. Boleh tahan. Bagi aku citer ni agak menarik. Menginsafkan. Ada pengajaran yang terselit, plus ada part2 yg membuatkan aku membuai rasa. Sedih. Pilu. Rindu.
Tidak semena2 air mataku gugur membasahi pipiku. Ralat. Sepanjang hayat arwah ibuku, aku tidak pernah mengucap kata tersebut secara terang-terangan. Aku sayang arwah. Cinta kerana Allah. Namun, lafaz tersebut xpernah meniti di bibirku. Segan barangkali. Tapi, ikhlas.. aku benar2 kasih dan sayang akan arwah.
Aku tidak sempat menatap arwah buat kali terakhir. Ma pergi dua seminggu selepas aku mendaftarkan diri sebagai sorang budak ‘U’ .. semasa aku sampai di kampung, arwah telah selamat dikebumikan. Ok. Aku redha walaupun terbit rasa terkilan.
Entry kali nie mungkin kelihatan agak peribadi. Kisah hati dan perasaan. Rindu. Rindu kasih dan belai seorang insan bernama ibu. Hurm .. ಠ_ರೃ . We never miss the water till the well runs dry. Duhai teman, hargailah ibumu, sayangilah mereka seadanya. Andai tinggal berasingan, selalu2 lah menelefon ibu..bertanya khabar,keperluan. Kadang2 ibu kita tak pernah menceritakan masalah mereka kepada kita. Mereka lebih senang memendam masalah mereka supaya anak-anak tidak runsing. Mereka sedaya upaya memuaskan hati kita walaupun payah untuk mereka tunaikan permintaan kita yg kadangkala agak keterlaluan. Tapi, itulah ibu. Sanggup berkorban apa sahaja untuk anak tersayang. ♥ mom.
Rasa cam nak share lirik lagu Ibu ost Hafalan Shalat Delisa jer..
Ni haa ~
| truth is: i misz u |
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku
9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu
Tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)
ibuuuuuuuuuuuuuu........... (3x)
Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku
Indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu
Tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x
ibuuuuuuuuuu........ (3x)
“Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa”
Lembut kukenang kasihmu ibu.....
Em, jom! Sedekahkan Al- fatihah untuk arwah ibu member2, jiran2, orang kg, seMalaya, malah sedunia.. jom2..!

No comments:
Post a Comment