menjadi halwa
jasad yang buta bertongkat
ibarat bayangan yang terbias
isteri itu
menongkat di jalanan
memandu jalan si suami
yang
kudratnya hanya tinggal sekerat cuma
tinggi keyakinan
kepada Allah
Tuhan yang Satu
pasangan buta itu
redha mengharungi
mehnah dan ujian daripadaNya
:: Kata jalanan ini terungkap tatkala mata ini melihat sisi si buta. Bertemu mata dalam monorel, terbit rasa syukur. Aku sebenarnya insan bertuah, dipinjamkan secukupnya nikmat dari Dia sang pemilik dunia. Bersama teman, kaki disusun melangkah ke tempat dituju. Pada mulanya, kedua pasangan ini bagai ralat dan menolak untuk dibantu. Kata seorang teman, barangkali mereka risaukan keselamatan mereka. Ya, benar . Kalau kami tidak bertuhan, barangkali kami membiarkan sahaja pasangan renta ini menongkat di jalanan . Sebenarnya, sangat sukar untuk mengungkap rasa jiwa setiap daripada kami. Aisyah. Pantas menghulur tangan, memimpin si isteri. Si suami yang hari-harinya hidup dalam kegelapan, mengekor dari belakang. Sebelah tangan di pundak si isteri, sedang sebelah lagi mengheret lemah bagasi yang aku kira sangat berat sebenarnya. Mereka tabah. Aku sanjung ketabahan itu. Fatin. Sepanjang perjalanan, ibarat terkunci bicara. Matanya bergenang. Mengekspresi rasa yang lahir dari jiwa. Doa kami, moga Pak Cik Md Nor dan Mak Cik Haslinda mendapat keredhaan Allah SWT. Moga mereka selamat ke destinasi di bawah payung rahmat-Nya. ::
Hari ini. 9 Oktober 2013. Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment