Monday, 20 February 2012

9 nafsu 1 akal . .

Pada suatu hari, Imam Hasan Al- Basri bersama dua orang sahabatnya pergi ke rumah Rabiatul Adawiyah untuk meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Niat murni mereka disambut baik oleh Rabiatul. Rabiatul akan menjawab sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan pinangan tersebut jika soalannya dijawab.
Lalu Rabiatul bertanya kepada mereka,
 “ Berapakah nafsu bagi lelaki dan berapakah nafsu bagi wanita ?” .
Lantas Imam Hasan Al –Basri menjawab,
“ Lelaki mempunyai satu nafsu manakala wanita mempunyai 9 nafsu”.
Rabiatul tersenyum lalu berkata,
“ Jika benar apa yang kamu katakan sebentar tadi, kenapa kamu tidak boleh menahan nafsumu meskipun kamu hanya mempunyai satu nafsu sedangkan aku boleh menahan nafsuku meskipun aku mempunyai 9 nafsu?”.
Mendengar kata-kata Rabiatul itu, mereka pun tunduk malu dan sedih lalu meminta diri untuk pulang dalam keadaan yang kecewa dan janggutnya basah kerana terkena air matanya yang mengalir keluar. Demikianlah satu kisah pendek mengenai pinangan Imam Hasan Al-Basri terhadap Rabiatul Adawiyah.
______________________________________________________

 Pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal sering tersalah,
pandangan nafsu sentiasa melulu,  
pandangan hati itulah yang hakiki,
kalau hati itu bersih...

No comments:

Post a Comment