1 : JANGAN RESAH DAN GELISAH –
Usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.
2 : JANGAN SEDIH DAN BERSA DERITA –
Hapuskan perasaan ini dengan berisgtifar, berdoa dan mohonlah pertolonganNya.
3 : JANGAN LEMAH DAN MALAs –
Aktifkan diri dengan ibadat, berzikir , mencari ilmu, bekerja dan beriadah.
4 : JANGAN BANYAK BERHUTANG –
Nafsu jika dituruti kita tidak akan puas. Akibatnya, hidup tidak akan teteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.
5 : JANGAN KEDEKUT DAN PENGECUT –
Rezeki yang Allah swt beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadapa ibubapa kerana keredhaan Allah juga bergantung pada keredhaan mereka.
♥ : Baginda SAW mengajarkan doa untuk menyelamatkan diri daripada lima perkara iaitu, “ Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada rasa resah gelisah, daripada sedih dan derita, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat kedekut dan pengecut dan daripada lilitan hutang dan tekanan orang,”
Sumber : Buku As’ad al-Mar’ah Fil Alam oleh Dr. Aidh al-Qarni

No comments:
Post a Comment