Sunday, 26 February 2012

Aku ingin berubah !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Pada suatu petang yang indah – dua sekawan sedang berbual di bawah pohon mempelam.


Cik Bedah : Kiah, aku rasa nak berubah la.

Cik Kiah : (terkejut) Berubah? Betul ke apa yg aku dengar ni?

Cik Bedah : Ya. Aku nak berubah. Aku rasa aku dah terlalu jauh dengan Allah. Malam semalam, aku bermimpi. Aku tiba-tiba tersadai keseorangan di sebuah pulau. Pulau tu sunyi sangat. Aku menjerit meminta tolong, tapi tiada siapa yang menyahut. Walaupun dah berada dalam keadaan sebegitu, aku langsung tidak terfikir untuk berdoa kepada Allah. Aku menangis dan terus menangis tanpa mengharap pertolongan dari Allah. Selepas beberapa ketika, aku tertidur. Sekali lagi aku bermimpi. Mimpi dalam mimpi. Dalam mimpi tersebut, aku didatangi oleh seorang lelaki tua berjubah putih. Dia memegang sepersalinan telekung sembahyang berserta sejadah. Dia menghampiri aku dan memberi telekung tersebut tanpa berpesan apa-apa. Aku terkedu. Tidak semena-mena aku terus terjaga selepas menyambut huluran lelaki tua tu. Sebaik terjaga, aku terus bangun dan berwuduk. Aku solat taubat. Aku rasa diri aku kotor sangat. Jijik.

Cik Kiah : Alhamdulillah. Mungkin mimpi tu sebagai peringatan untuk kau. Sebenarnya,dah lama aku nak tegur kau. Sejak kau berpindah ke bandar, aku tengok kau dah banyak berubah. Kau yang aku kenal sekarang dah tak macam apa yang aku kenal dulu. Jauh sangat bezanya. Pakaian kau dah tak macam kita sekolah-sekolah dulu.. dulu kau manis bertudung litup. Baju pun longgar-longgar. Tak pakai jeans. Tapi, sekarang ni, aku tengok memang banyak sangat bezanya. Baju yang kau pakai tu sesuai sangat untuk adik si Limah yang bongsu tu. Seluar pun ketat sangat. Sampai nampak paha ‘drumstick’ kau. Tudung ni haa..-singkat sangat. Nak tunjuk kat sape dada kau ni..? Maafla, aku bukan nak hina atau nak sakitkan hati kau dengan statement aku ni,tapi dah lama kut aku pendam.. lagipun,aku sayangkan kau. Aku nak Bedah yang aku kenal dulu..

Cik Bedah : (sedih) Takpe Kiah. Apa yang kau cakap tu mmg betul. Aku mmg dah bnyak berubah. sejak datang ke bandar, aku banyak bergaul dengan kawan-kawan yang ntah apa-apa. Aku terpengaruh dengan gaya hidup mereka. Aku banyak bersosial. Pakaian aku pun dah tak melambangkan agama ayang aku anuti. Solat pun jarang-jarang. Kalau keluar dengan rakan lelaki, aku tak segan silu berpegang-pegangan. Aku tau semua tu dosa! Tapi,entah la.. aku bingung. Aku seolah-olah tak bleh nak halang nafsu dan perangai buruk aku tu. Aku takut Kiah. Aku takut. Aku takut Allah tak nak terima aku. Aku tak nak masuk neraka! Aku nak berubah! Tolong aku, Kiah!

Cik Kiah : Insya-Allah, Bedah. Bersyukurlah pada Allah. Kau dah mula sedar   dan ada niat untuk berubah. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri” (Al-Baqarah :ayat 222) 

v Nama watak, tempat, dan cerita adalah rekaan semata-mata. Takde kena mengena dgn mereka yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia. (◕‿-)

Berubahlah..sedetik hati ingin berubah – teruskanlah.
                                
Duhai ‘anda’ yg ingin berubah:
            Berubahlah..meskipun payah.
Anda mesti kuat !
Berubah tu memang payah,memang susah. Hendak-hendak lagi kalau diri dah sememangnya sebati dengan dosa dan noda. Tapi, ‘nothing is impossible’ !
Untuk permulaan, berubah itu mungkin sakit..pedih. Tapi,insyaAllah..pada penghujungnya akan ketemu kebahagiaan itu.

Duhai ‘anda’ yg ingin berubah:
            Berubahlah..andai sudah terdetik.
 Ramai yang ingin berubah - inginkan kebahagiaan dan keredhaan Ilahi.
Namun,ramai juga yg hanya menyimpan perasaan itu di sudut hati nurani mereka. Dan, teramat beruntung bagi mereka yg menyahut seruan hati nurani mereka. Syabas  J

Duhai ‘anda’ yg ingin berubah:
            Berubahlah..walaupun dihina dan dicaci.
Jangan pernah takut utk dikatakan ‘buang tabiat’- itu merupakan fitrah.
Yang penting, kita mesti berani dan tahu niat kita.
Bersyukurlah kerana anda dikurniakan perasaan untuk berubah..
Cuba belek kembali kehidupan kita yang lalu..
Pasti banyak jejak-jejak dosa yg kita tinggalkan,bukan?
Pandaikan Allah..? Dia ciptakan dosa tanpa bau. Cuba bayangkan kalau dosa-dosa kita berbau..~ Masya-Allah!
Secara analoginya, dosa ibarat najis. Najis tanpa bau. Kalau terdapat najis di sekeliling kita, sudah pasti kita berasa tidak selesa,. Saya yakin, cepat-cepat kita akan membersihkan kekotoran tersebut. Cuba bayangkan kalau najis tersebut ialah dosa kita..
Kotor. Memualkan. Jijik. Busuk.
Itulah dosa.
Andai kita memakai pakaian yang kotor, sudah pasti kita berasa tidak selesa. Begitu juga kalau kita berterusan hidup dalam dosa dan noda. Resah.Gelisah.

Duhai ‘anda’ yg ingin  berubah:
            Ayuhlah kita berubah!
Mati itu pasti. Tidak mengira masa dan usia.
Selagi nadi masih berdenyut..
Selagi jantung masih berdegup..
Selagi hayat dikandung badan..
Marilah…
Marilah kita berubah !

  •  Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Al-Zumar:53)
♥ Jangan takut untuk berubah tapi takutlah tidak sempat untuk berubah :)






No comments:

Post a Comment