suatu hari seorang ahli sufi terkenal, Syaqiq al-Balkhi membelikan sebiji tembikai untuk isterinya. Si isteri begitu gembira menerima tembikai tersebut, malangnya apabila buah itu dibelah, isinya didapati tidak elok. Isteri Syaqiq mula marah-marah kerana tidak mendapat sebiji tembikai ranum, enak dan elok seperti yang diharapkan.
“ Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu?” tanya Syaqiq. “ Adakah kepada si penjual, atau si pembeli atau penanamnya, atau Pencipta buah tembikai ini?”
Isteri ahli sufi itu terdiam.
“ Wahai isteriku,” sambung Syaqiq, “Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar barangan jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli lebih-lebih lagi, tentu ingin yang terbaik sahaja. Manakala si penanam, kalu mampu tentu dia ingin agar hasil tanamannya mengeluarkan hasil yang baik juga.
“ Kini nyatalah bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya.”

No comments:
Post a Comment